Optimakan Penggunaan Middle Mouse Button

Friday, December 25, 2009

Perhatikan mouse korang, kebanyakannya sekarang mempunyai 3 button, kiri,tengah dan kanan (Note: button tengah boleh jadi Scroll Wheel yang mana bagi kebanyakan mouse, boleh diklik). Tetapi buat masa sekarang aku hanya akan tumpukan kepada yang tengah sahaja.

Kenapa, sebab daripada survey di internet, hanya 1 daripada 10 orang yang benar2 menggunakannya (fakta beb).

Tutup Browser Tabs dengan cepat

Pertama sekali: browser tab. Kebiasaanya aku ade dalam 10 tab yang dibuka pada satu2 masa. Kalau nak close tab, kena klik ia, kemudian klik X kecik tu pulak. 2 kali klik bukan? Kalau korang middle klik mana2 tab sama ada Apple Safari, Mozilla Firefox atau Internet Explorer, poof ia terus hilang. Tak perlu nak tercari2 button X. Hanya middle klik, poof-gone by the wind.

Membuka Link dalam tab baru

Bila korang middle-klik mana2 link dalam Apple Safari, Mozill Firefox, Google Chrome atau Internet Explore (tak pasti dengan Opera, boleh cuba), link itu akan terus dibuka dalam tab baru.

Korang juga boleh Hold CTRl + klik kiri atau menggunakan menu klik kanan tapi kenapa nak susah2 kalau boleh buat dengan sekali klik sahaja.

Membuka sites faveret atau bookmark


Contohnya korang ada simpan bookmark2 faveret korang dalam 'satu' folder, sama ada pada bookmarks bar atau bookmarks menu.

Dengan sekali klik pada folder itu, semua site fav korang akan dibuka dalam tab masing2. Tak perlu nak klik banyak kali untuk open setiap sites yang ada dalam folder tu.

Cara ini berfungsi tak kira di mana folder itu terletak: bookmarks toolbar, navigation toolbar atau pull-down menu.

Skrol dokumen2 korang


Apabila korang klik dan hold MMB, ia akan mengaktifkan fungsi page-scrolling dalam aplikasi seperti Microsoft Word dan Excel, Adobe Reader, Apple Safari dan Firefox.

Dengan kata lain, apabila korang klik dan hold MMB, korang boleh seret mouse korang ke atas atau ke bawah untuk scroll page ke atas juga ke bawah seperti. Lebih menjimatkan tenaga daripada nak putarkan roda scroll ke atas, ke bawah.


6 comments

  1. HAZWAN17 Says:
  2. thanks for info

     
  3. Sharinginfoz Says:
  4. thanks.. very helpfull....

    Followers Just Above 100

     
  5. touyakaruma Says:
  6. aku adalah salah seorang dari 9/10 ?

     
  7. Eryati Says:
  8. amacam nak guna erk?

     
  9. z4mr Says:
  10. you are not alone....ha3

     
  11. Nietanozie Says:
  12. baru la aku tauuuuuuuuuuu...........
    Tq for sharing.

     

Post a Comment

Link Within

Related Posts with Thumbnails
Blogumulus by Roy Tanck and Amanda FazaniInstalled by CahayaBiru.com

Label Category

Followers