Mungkin kita silap. Satu revolusi baru telah melanda dunia storan berasaskan Flash tanpa disedari ramai. Antara storan flash yang popular sudah tentunya Thumb Drive a.k.a Pen Drive, atau pelbagai jenis memory card untuk henfon korang. Sekarang diperkenalkan, SOLID STATE DRIVEs a.k.a SSDs. Walaupun teknologi ini telah ada sejak 1980-an lagi tetapi kemunculan generasi netbook menjadikan kepopulariti SSD meningkat dan kualitinya menjadi semakin baik hari demi hari. SSD menjanjikan kelajuan tinggi dan penggunaan tenaga yang rendah. Sebuah SSD menyimpan data dalam memori flash berbanding atas plat data seperti hard drive menjadikan mereka lebih laju ditambah tiada bahagian bergerak-maka lebih eficisien.
Perbandingan Dalaman Storan:
Hard Disk Drive
A. Plat data terbaru adalah dwi-muka. Untuk 1TB, setiap muka plaht boleh menyimpan 500GB
B. Drive berputar pada kelajuan 7200RPM jadi pembuatan komponen seperti 'swindle' mesti tepat
C. Setiap muka plat ada 'magnetic read/write head' yang memadam atau menyimpan data dengan menukar polariti kutub semasa disk melaluinya.
D. 'Read/write head' dipasang di atas 'actuator arm' yang berfungsi mengawal kedudukan 'head' mengikut kedudukan plat.
Solid State Drive
A. Chip memori flash yang paling tinggi sekarang cuma 8GB, menghadkan jumlah kapasiti kepada bilangan chip yang mampu muat atas kedua-dua belah papan litar bercetak a.k.a PCB
B. Seperti hard disk biasa, litar controller mempunyai pelbagai komponen elektronik dan 'cache buffer' yang besar untuk meningkatkan prestasi.
C. Dalaman SSD lebih simpledan tiada komponen bergerak. SSD yang ada sekarang dipakej kan sebagai drive notebook 2.5"
Sekarang ini pasaran SSD sudah semakin meluas. Semakin banyak PC khas untuk gaming (terutama jenama luar negara, seperti dari UK atau US) dilengkapi SSD. Tetapi disebabkan harga yang mahal (buat masa sekarang) menjadi faktor penolak untuk mendapatkannya. Adakah berbaloi untuk mendapatkannya? Lihat graf perbandingan di bawah.
Pengeluar storan flash utama, Kingston telah menambah model V+ dalam barisan jenama SSDNow yang mana amat pantas, mengurangkan 50% boot time dan masa loading permainan.Walaupun mungkin tidak berbaloi jika dibandingkan dengan hard drive biasa tetapi korang boleh dapatkan model lama, SSDNow V yang mana walaupun mahal, tetapi mampu milik sekarang. Antara pilihan lain termasuk daripada jenama Intel dan OSZ tetapi melalui pemerhatian aku, Kingston menawarkan harga yang paling murah.
Walaubagaimanapun, kualiti SSD yang ada sekarang berbeza-beza mengikut pengeluar, dan kapasiti storan yang kecil menjadikan ia bukan pilihan utama untuk penyimpanan data yang besar-menjadikan kelajuan yang tinggi terhad kepada boot time yang lebih pantas. Tetapi teknologi semakin maju, dan harga untuk pasaran komputer semakin hari semakin menurun. Mungkin pada masa akan datang SSD menjadi semakin murah seperti hard disk drive sekarang menjadikan ia sebagai pilihan storan utama.
.jpg)
.jpg)
bagus ni ilmu.....
Pi Clinics Charge RM1 aja?
Berbaloi ke Astro???
jadi,bole x ssd dgn hdd ade dlm satu computer..ssh just ltk program file je dlm tuh