Membuat partition hard drive atau dalam kata lain, 'disk partitioning'-membahagikan SATU hard drive fizikal kepada pelbagai saiz drive. Contohnya jika anda mempunyai hard drive berkapasiti 500GB anda boleh bahagikan saiz tersebut kepada beberapa bahagian, contohnya 100GB + 100GB + 300GB. Untuk membuat disk partitioning agak mudah berikutan Windows XP, Windows Vista dan 7 sudah menyediakan utiliti tersebut tanpa keperluan kepada 3rd party software.
Kenapa Perlu Membuat Partition
Kebanyakan PC yang baru dibeli hanya ada satu sahaja partition Hard Drive dan ia muncul sebagai C: di My Computer. Tetapi menyimpan semua data anda, aplikasi dan operating system (windows atau linux) mempunyai risiko, jika sesuatu berlaku fail 'partition's index' (fail yang memberitahu komputer anda di mana segala data di simpan), komputer anda tak boleh 'boot up' atau start daripada drive tersebut atau jika anda boleh boot up menggunakan 'recovery disc' atau external hard drive, anda masih tak boleh akses data-data anda.
Membuat partition hard drive adalah seperti memberitahu komputer anda untuk menganggap setiap pecahan hard drive sebagai entiti yang berbeza. Jika anda menyimpan sistem dan aplikasi berasingan daipada data anda (seperti dokumen, lagu atau video dll), data anda mudah di-'back up' (sebab 'utility' untuk 'back up' tidak perlu menyalin fail sistem dan aplikasi yang boleh diinstall semula dengan mudah). Jika anda ingin format dan menginstall semula Windows, anda tidak perlu risau kerana yang terlibat hanya drive C: , drive yang anda simpan segala data anda tidak akan terusik.
Anda juga boleh membuat partition kecemasan. Contohnya Windows/OS utama anda tiba-tiba rosak dan anda tidak ada 'emergency boot disk' pada masa itu. Jika anda sudah sediakan bootable partition yang cukup-cukup besar untuk menyimpan OS kedua dan sebarang diagnostic tools, anda boleh gunakan ia untuk akses hard drive anda dan selamatkan data-data yang anda.
Akhir sekali partitioning membolehkan anda mencuba pelbagai operating system (OS), terutamanya semasa membuat pilihan sama ada mahu upgrade OS atau tidak. Disebabkan dua atau lebih OS tak boleh diinstall dalam drive yang sama maka mempunyai partition adalah lebih memudahkan.
Bagaimana Membuat Hard Drive Partition
Mula-mula sekali buat back-up data-data anda yang penting. Proses partitioning sepatutnya tidak akan padam mana-mana data tetapi adalah lebih baik mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya anda tidak biasa dengan proses ini.
Buka Disk Management, sama ada dengan menaip disk management di ruangan search pada menu Start untuk Windows 7 atau Vista. Atau cara kedua, boleh diguna pakai oleh Windows XP juga, Control Panel>System and Security(Performance and Maintenance untuk XP)>Administrative Tools> Computer Management. Di sebelah kiri ada drop-down list. Dwi klik Disk Management.
Setelah Disk Management dibuka, anda dapat lihat senarai drive dan partition yang ada dalam komputer anda. Untuk membuat partition baru, pilih drive yang mempunyai ruang kosong, klik kanan dan pilih Shrink Volume. Ambil perhatian, jika anda cuba shrink disk konfigurasi dynamic (seperti RAID arrays) maka anda mempunyai risiko besar kehilangan data. Jika anda yang membaca artikel ini dan tertanya-tanya jika komputer anda menggunakan RAID arrays, tidak perlu risau kerana hampir semua komputer rumah tidak menggunakannya berikutan kos yang tinggi. Ia terhad kepada syarikat-syarikat yang memerlukan keselamatan tambahan atau pengguna-pengguna PC yang lebih advance.
Berbalik kepada topik, sekarang ni taip jumlah yang anda mahukan. Jumlah ini bergantung kepada apa yang anda mahukan. Jika drive ini bakal digunakan untuk dual-boot iaitu menginstall OS kedua, dalam 10 ke 30GB adalah mencukupi dengan mengambil kira saiz instalasi OS dan selebihnya untuk driver dan utiliti lain.
Setelah anda tetapkan saiz drive yang dikehendaki, ia akan muncul di ruangan Disk Management sebagai Unallocated Space. Klik kanan pada entry itu, pilih New Simple Volume dan ikut panduan wizard untuk langkah seterusnya. Secara general, anda boleh format drive ini sebagai NTFS yang menawarkan fungsi compress untuk menjimatkan ruang.
Sekarang, anda sudah ada partition baru yang boleh digunakan untuk dual-boot Windows lain atau simpan data-data lain. Untuk panduan dual-boot, jika ada yang mahu sila request di bawah.
Hard Drive memang tak ada cukup glamor. CPU dan graphic card card yang baru konfem hampir pasti dapat perhatian di mana-mana...sama ada website atau majalah dan menjadi perkara utama yang diperhatikan apabila mahu upgrade komputer. Tapi hard drive yang baru? Tak berapa penting kan?
Mungkin kita silap. Satu revolusi baru telah melanda dunia storan berasaskan Flash tanpa disedari ramai. Antara storan flash yang popular sudah tentunya Thumb Drive a.k.a Pen Drive, atau pelbagai jenis memory card untuk henfon korang. Sekarang diperkenalkan, SOLID STATE DRIVEs a.k.a SSDs. Walaupun teknologi ini telah ada sejak 1980-an lagi tetapi kemunculan generasi netbook menjadikan kepopulariti SSD meningkat dan kualitinya menjadi semakin baik hari demi hari. SSD menjanjikan kelajuan tinggi dan penggunaan tenaga yang rendah. Sebuah SSD menyimpan data dalam memori flash berbanding atas plat data seperti hard drive menjadikan mereka lebih laju ditambah tiada bahagian bergerak-maka lebih eficisien.
Perbandingan Dalaman Storan:
Hard Disk Drive
A. Plat data terbaru adalah dwi-muka. Untuk 1TB, setiap muka plaht boleh menyimpan 500GB
B. Drive berputar pada kelajuan 7200RPM jadi pembuatan komponen seperti 'swindle' mesti tepat
C. Setiap muka plat ada 'magnetic read/write head' yang memadam atau menyimpan data dengan menukar polariti kutub semasa disk melaluinya.
D. 'Read/write head' dipasang di atas 'actuator arm' yang berfungsi mengawal kedudukan 'head' mengikut kedudukan plat.
Solid State Drive
A. Chip memori flash yang paling tinggi sekarang cuma 8GB, menghadkan jumlah kapasiti kepada bilangan chip yang mampu muat atas kedua-dua belah papan litar bercetak a.k.a PCB
B. Seperti hard disk biasa, litar controller mempunyai pelbagai komponen elektronik dan 'cache buffer' yang besar untuk meningkatkan prestasi.
C. Dalaman SSD lebih simpledan tiada komponen bergerak. SSD yang ada sekarang dipakej kan sebagai drive notebook 2.5"
Sekarang ini pasaran SSD sudah semakin meluas. Semakin banyak PC khas untuk gaming (terutama jenama luar negara, seperti dari UK atau US) dilengkapi SSD. Tetapi disebabkan harga yang mahal (buat masa sekarang) menjadi faktor penolak untuk mendapatkannya. Adakah berbaloi untuk mendapatkannya? Lihat graf perbandingan di bawah.
Pengeluar storan flash utama, Kingston telah menambah model V+ dalam barisan jenama SSDNow yang mana amat pantas, mengurangkan 50% boot time dan masa loading permainan.Walaupun mungkin tidak berbaloi jika dibandingkan dengan hard drive biasa tetapi korang boleh dapatkan model lama, SSDNow V yang mana walaupun mahal, tetapi mampu milik sekarang. Antara pilihan lain termasuk daripada jenama Intel dan OSZ tetapi melalui pemerhatian aku, Kingston menawarkan harga yang paling murah.
Walaubagaimanapun, kualiti SSD yang ada sekarang berbeza-beza mengikut pengeluar, dan kapasiti storan yang kecil menjadikan ia bukan pilihan utama untuk penyimpanan data yang besar-menjadikan kelajuan yang tinggi terhad kepada boot time yang lebih pantas. Tetapi teknologi semakin maju, dan harga untuk pasaran komputer semakin hari semakin menurun. Mungkin pada masa akan datang SSD menjadi semakin murah seperti hard disk drive sekarang menjadikan ia sebagai pilihan storan utama.
Right now my rig (or PC) which was bought around July this year consist of AMD Athlon 64x2 6000 running on 3GHz. No overclocking done due to excess heat although it's running on stock speed. which made me feels bad since my old AMD Turion X2 2GHz, can be overclocked to 2.4GHz. The RAM is Kingston 2GB 800MHz DDR2. I used to have 3GB before but just sold the other 1GB stick recently to my friend. For the base, i got Asus AM2-VM motherboard, with AM2 socket which limiting my next upgrade since current AMD's top tier CPU is available in AM2+ and AM3.
Back to the topic. 2010 is the most anticipated year for me. Why? A lot of good (great) game will be released. I've got a few of them already in my 2010 wish list.
1. Bioshock 2
2. Mafia 2
3. Starcraft 2
4. Splinter Cell Conviction
5. Alan Wake
6. Assassin's Creed 2
7. Rage
8. Blur
9. Deus Ex 3
10.Crysis 2
11.Diablo 3
12.Final Fantasy XIII and XIV
13.Metal Gear Solid Rising
14.Supreme Commander 2
15.Mass Effect 2
16.Just Cause 2
See, that's A LOT and what would be the best way to play them.?
Of course with the best system. And that's the another reasons i can't wait for 2010 to come. New graphic cards (from ATI) will come out with new technologies and the one i take interest most is the low-end ATI Radeon HD5670 which i've reviewed here. Intel Core i5 price will go down (hopefully) and so on with the the P55 motherboard and DDR3 RAM. When switching to this Core i5, it's not complete without replacing the whole motherboard and RAM so there's a lot of money to spent. After graduation around next June, I hope i can get a decent job because with my current finances status, the i5 is seem impossible. I still can gaming on my current rig but rendering pixels on 1920x1080 monitor resolution will need more horsepower and with the release of Crysis 2, MGS Rising and both Final Fantasy titles, i afraid i need to turn down the quality setting which will make the games less enjoyable (at least for me). It's not that i'm a pro but as a casual gamer, sometimes it's a good feeling to enjoy the best graphic the machine can offer. Nonetheless there's still a few months and a lot of thing can happen. I still got some new entries and articles that need to be edited but lack of time due to homeworks and assignments made me delayed it much longer than usual. Anyway just hope it will turn out good for the rest of the year, Insya-Allah, Peace :)
Windows XP. Walaupun selepas 8 tahun masih ada PC GAMER yang menganggap ia merupakan platform pc gaming yang terbaik walaupun selepas kemunculan Windows Vista Service Pack 2 dan Windows 7. Masih ada lagi gamer yang dihantui demam masalah Vista dan DirectX10walaupun selepas 2 servis pack dikeluarkan oleh pihak Microsoft. Jangan risau, dengan Windows 7 korang pasti akan terkejut dengan perubahan dan penambah baikan yang telah dibuat oleh pihak Microsoft.
Tak nak membebel banyak lagi, dan aku tak nak copy paste artikel orang lain kat blog aku. Berikut disertakan link untuk artikel original oleh Stuart Davidson (Driven Heaven) yang memaparkan keputusan benchmarking untuk beberapa game terkenal temasuk Crysis Warhead(ini wajib). Lepas baca artikel ni baru korang tau tahap mana XP korang agung2 kan tu.
Windows 7 Gaming Performance Versus XP & Vista

Memang tensen kan kalau komputer 'mahal' korang yang dahulunya (paling lama 2~3 tahun, lebih daripada tu kira outdated hardware ye) 'pantas amat' boleh jadi lembab macam penyu selepas 1-2 tahun. Selain daripada masalah hardware, antara punca utama ialah komputer tak pernah/ jarang diservis dengan baik. Selalunya tak perlu hantar ke kedai, korang boleh buat sendiri kat rumah.Berikut adalah antara isu-isu yang boleh melembabkan PC.

Akhir sekali,sebagai pelengkap korang boleh juga dapatkan system optimization tools seperti CCleaner yang free atau Tune Up Utilities bagi yang berkemampuan. Selain daripada defragmenting dan mencegah autoloading, kedua-dua software ini juga turut mempunyai pelbagai tools untuk memudahkan konfigurasi seperti automatic registry cleaner dan lain2. Untuk download, boleh klik pada link yang dah disediakan. Sekian,TQ dan selamat mencuba!


.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)




